Wednesday, July 20, 2011

Post Ramadhan - Hubungan Solat dengan Waktu



Assalamualaikum!!
Apa khabar dan Salam sejahtera!!
 Sempena Ramadhan dah nak menjelma, Siput nak share sesuatu
yang penting untuk kita tahu iaitu tentang hubungan solat kita dengan waktu.

Hubungan Solat dan Waktu


SUBUH 

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZUHUR


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

ASAR 

Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK

 Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Seperti itulah hubungan solat kita dengan waktu.





Read the rest of the entry →

Mighty Morphin Power Rangers – Hero Kanak-kanak 90-an



Read the rest of the entry →

FBI tahan 16 penggodam 'Anonymous'





WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menahan 16 penjenayah siber termasuk 14 yang didapati melakukan penggodaman ke atas laman web PayPal yang dipercayai perbuatan kumpulan 'Anonymous'. 

Jabatan Keadilan Amerika berkata, 14 penggodam berkenaan didapati menyerang perkhidmatan (DDoS) internet ke atas PayPal apabila PayPal menutup akaun derma bagi WikiLeaks.
Suspek penggodam Paypal ditahan di beberapa tempat di Alabama, Arizona, California, Colorado, Washington DC, Florida, Massachusetts, Nevada, New Mexico dan Ohio, kata pegawai Amerika Syarikat dalam satu kenyataan hari ini.


Agen FBI dilaporkan mengadakan 35 serbuan di seluruh Amerika bagi mematahkan kegiatan serangan siber terancang membabitkan syarikat dan pertubuhan besar itu. 

Anonymous, satu kumpulan penggodam antarabangsa melancarkan beberapa siri serangan ke atas laman web yang berkaitan dengan pertubuhan gereja dikenali Church of Scientology. 

Bulan lalu, Anonymous mensabotaj laman web kerajaan Turki sebagai memprotes tindakan kerajaan negara itu menapis internet. - AFP 



Read the rest of the entry →

Kejamnya Manusia Akhir Zaman




PATUTKAH "ia" diperlakukan sedemikian??
Renungkanlah jika anda di tempat "ia".

~Tinggalkan komen untuk yang perihatin~



Read the rest of the entry →

Monday, July 18, 2011

Hizami, Nak Header Satu! (Tak payah nak tambah please please please kat hujung tajuk tu.)




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! (ikot Hizami)
Memula, nak mintak maaf, siput ni degil sikit, suka nak ubah2.. Tajuk entry tu ekot pe Hizami cakap 
yerrr~ ngeh3..
BANNER tu dah selitkan url 2.. try la kalau x pcye~
Lengkapkan slogan pulak~aiaiaiai~

Surat khas buat HIZAMI.
Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab tidak melebihi 20 patah perkataan. Err..boleh ke camni??
Ngeehehe.. gurau jer...

SLOGAN (betol2 punye)
Ke hadapan, Hizami, saya nak header satu sebab HIZAMI terer wat banner tu la..
Cantik giler~ Camner wat tu? Nak satu..Kalau boleh dua ke.. Xpun bagi banyak2..

 (cukup2 20 patah perkataan 2... x lari dari peraturan kan2???)

Siput lame dah follow blog nieyh..nak follow lagi xboleh plak~aiya~
Okay, Siput tag sorang saja kalau boleh. (suke ikut org)




Read the rest of the entry →

Nak tau brapa harga blog korunk?



Hye2..
Assalamualaikum~
Apa khabar semua?? Huhu.. Di harap sehat hendaknya~
Siput ade terbukak satu website yang leyh check kte punya ranking ngan harga blog kte skali~
huhu.. bukan maen mahal harga blog nie ea..
Baru sekarang siput tau yang blog pown ada harga..
Wah2..x rugi la kte wat blog kan???

APe lagi? jom check ranking korang ngan harga blog korunk di sini~

contoh yerrr~
Korunk dapat tengok ranking ngan harga lam nieyh.
Skali dengan website badge untuk korunk letak kat blog.


Contoh website badge

Tengok la badge siput tuh.. degil nak mampus..
Xnak g tengah.. rarrr!!!

www.Bloggersiput.blogspot.com is ranked #28,699 in Malaysia.



Read the rest of the entry →

Sunday, July 17, 2011

Korang ada tanda-tanda terkena sihir x?



TANDA-TANDA SERANGAN PENYAKIT SIHIR ATAU MISTERI



Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan terkena sihir atau berpenyakit misteri !

i) Malas untuk melakukan rutin seharian /amal ibadat /pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga /saudara terdekat.

ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.

iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami - isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.

viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah

x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik

xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.

xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.

Source: http://tafsirmimpi.wordpress.com/2007/06/25/tanda-tanda-anda-terkena-sihir/




Read the rest of the entry →

Friday, July 15, 2011

Jangan main dengan bola, merbahaya!!



Sape minat bola?
Siput x minat!!! Siput suke tengok orang main je.
Tau x bola nie merbahaya?
Mari tengok buktinya.

Jangan lari laju depan bola~
Nahas kau!

Ko suke bola, nah hambik kau!!!

Mpuiihh!!~ Kiss la aku~

Tido bola, mandi bola, makan bola? Hah, makan lah!!

Nak makan bola kecik? Bahaya gak weii~~




Read the rest of the entry →

Nak tengok camner CILI JANTAN x? POMPUAN, baik jangan tengok...



CILI JANTAN

Alamak ai~ Comel2 je kan~ hak2..
X percaye lagi?

Real nie!!!~ kui3~




Read the rest of the entry →

Thursday, July 14, 2011

Justin bibir Jepun~ (lawak)





Tengok Justin bibier versi Jepun.






Read the rest of the entry →

Tuesday, July 12, 2011

Duit RM5 yang bernilai lebih dari RM5





Duit lama yang akan bernilai suatu hari nanti.

 Masih elok lagi.


 Bahagian belakang.

Nak mandi pown sempat agy bergambar.. hehe




Read the rest of the entry →
Powered by Blogger