Monday, October 24, 2011

[Cerita Menarik] Dimana Mak?



-Kasih Seorang Ibu-
Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Sila like dan komen. TQ!



Read the rest of the entry →

Sunday, October 23, 2011

[Gambar Menarik] Sesuatu yang tidak pernah telintas di fikiran!



Aku pun pandai main basikal la!!


Kenapa aku bertelur plak??? Aduiii..

Lalala~ Bulu2ku sudah panjang~

Ingat manusia je ke main Facebook?

Comelnye baby aku.. 

Taktik penyamaran... Ada kantoi x? 

Aku burung lah!!! Bukan zirafah!! Bweeaakkk!!!

Mane la bini aku nie??? Leher x cukup panjang, kne panjat pokok plak~



Sila like dan komen! TQ!!!


Read the rest of the entry →

Friday, October 21, 2011

[Cerita Menarik] Kantoi Pekerjaan



Ada seorang lelaki tua berambut panjang.. bermisai lebat dan berjanggut panjang pergi ke sebuah kedai gunting.. Wajahnya yang kusut masai itu umpama baru keluar dari persembunyian di hutan..

Lelaki tua : "Saya nak gunting rambut.. cukur misai dan janggut.."

Tukang gunting : "Rambut nak fesyen apa?"

Lelaki tua : "Potong pendek aje semuanya"

Tukang gunting itu mula memotong semua rambut.. misai dan janggut lelaki itu hingga selesai..

Tukang Gunting : "Pakcik... pakcik ni dulu seorang askar ya??"

Lelaki tua : "Iya.. mana kamu tahu nak....?"

Tukang gunting : "Saya baru saja terjumpa topi askar di dalam rambut pakcik"


Sila like dan komen. TQ!





Read the rest of the entry →

[Cerita Menarik] Pensyarah mengong~



-Pensyarah bengong-

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah

"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"

Sila like dan komen. TQ!





Read the rest of the entry →

Thursday, October 20, 2011

[Artikel] Borneo Talent Awards at Sibu!!!



Borneo Talent Awards -  Sibu


Assalamualaikum!
Siput terlihat satu pertandingan yang bakal berlangsung di Sibu pada 29 Oktober. Pertandingan seperti ini sangat menarik dan ditunggu-tunggu oleh penduduk Sibu terutamanya belia. Pertandingan seperti ini harus diadakan supaya ada aktiviti yang menarik berlangsung di SIBU memandangkan bandar SIBU dah semakin sunyi dengan aktiviti yang meriah. Lebih-lebih lagi bila BORNEO CULTURE FESTIVAL sudah tidak berlangsung.

Melihat pertandingan seperti ini, BELIA sangat digalakkan untuk menyertainya supaya ada aktiviti yang sihat dan membuang gejala melepak. BELIA juga dapat menunjukkan bakat masing-masing kepada masyarakat serta mengasah lagi bakat yang terpendam. Selain itu, pertandingan seperti ini dapat melahirkan BINTANG2 yang baru untuk diperkenalkan kepada dunia!

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila pergi ke laman sesawang ini. BORNEO TALENT SHOW.
Facebook Fanpage - BORNEO TALENT AWARDS.
Download borang penyertaan. Download

*Setelah memuat turun borang penyertaan, baru tahu.. penyertaan sudah tutup. =,= sedihnyer...

Sila like dan komen. TQ!
Read the rest of the entry →

Wednesday, October 19, 2011

[Movie] Libas - Jom tengok!




Libas (2011) DVDRip AVI,MKV & RMVB Mediafire

Synopsis
Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti... Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya...

Genre
Action

Download

MEDIAFIRE

AVI (700MB)
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4


Sila like dan komen. TQ!



Read the rest of the entry →

[Cerita Menarik] Alahai~ Penjual Roti




Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,

"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."


Sila like dan komen. TQ!



Read the rest of the entry →

[Cerita Menarik] Kek Harijadi untuk isteri tersayang.




Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Sila like dan komen. TQ!
Read the rest of the entry →

[Gambar Menarik] Sewaktu kecil-kecil dulu



Jawapan Budak-budak 

Alamak! Pandainya budak nie.. Seperti aku masa kecil-kecil dulu.. hahaha...korang pernah x buat camni???

Sila like dan komen. TQ!
Read the rest of the entry →

[Artikel] PM Mahu Malaysia-Indonsia Cari Pelesit Rosak Hubungan






MELAKA – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Malaysia dan Indonesia mencari “pelesit” yang cuba merosakkan hubungan mesra dan rapat anatara kedua-dua negara itu.
Sambil menyatakan hubungan baiknya dengan pucuk pimpinan negara jiran itu, Perdana Menteri berkata kedua-dua negara perlu rapatkan hubungan dan mesti bersatu.
“Rapatkan hubungan, jangan ikut emosi (dengan) kepung kedutaan kita, kita mesti bersatu, apa gunanya kalau ada dalang-dalang yang sanggup merosakkan hubungan yang begitu mesra,” katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu, Dunia Islam (DMDI) Ke-12 di sini, Khamis malam.
Najib berkata jika kedua-dua negara saling membantu, beliau yakin hubungan antara Malaysia dan Indonesia dapat dijalinkan dengan lebih erat lagi.
Beliau turut berharap DMDI dapat memainkan peranan membantu menyelesaikan masalah yang timbul melibatkan kedua-dua negara.
Ucapannya merujuk kepada insiden Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menjadi sasaran demonstrasi oleh kumpulan penduduk Indonesia termasuk Laskar Merah Putih berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia.
Isu sempadan itu ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, minggu lepas yang mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan dan 800 meter garis pantai di Tanjung Datu kononnya diambil secara haram oleh Malaysia.
Bagaimanapun, empat menteri Indonesia termasuk Menteri Luar Marty Natalegawa dilaporkan menafikan dakwaan itu kerana ia tidak berasas.
Ini adalah hari kedua berturut-turut demostrasi diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia berhubung itu selepas kumpulan Forum Betawi Rempug (FBR) berbuat demikian Rabu.
Mengenai DMDI, Perdana Menteri berkata gagasan itu boleh menjadi jalinan kedua bagi mengeratkan lagi hubungan antara negara-negara dalam DMDI terutama hubungan rakyat dengan rakyat.
Bagi mengukuhkan DMDI, Najib meminta pemimpin gagasan itu berusaha meningkatkan pengumpulan dana, kegiatan kebajikan, pendidikan dan ekonomi negara anggota.
Beliau berkata sekiranya mahu terus diagungkan, bangsa Melayu perlu menguasai ilmu terkini termasuk inovasi dan kreativiti yang menjadi penjana kekayaan.
Pada majlis itu, Perdana Menteri melancarkan bank data DMDI dan menyampaikan anugerah tokoh DMDI kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Gabenor Sumatera Selatan Alex Noerdin yang masing-masing dianugerahkan Tun Perak DMDI. – BERNAMA


Sila like dan komen. TQ.
Read the rest of the entry →

[Cerita Menarik] Saksi Pembunuhan




Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.
Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Pernafasannya?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"
Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!"

Sila like dan komen. TQ.




Read the rest of the entry →
Powered by Blogger