Thursday, November 10, 2011

[Cerita Menarik] Kisah Lucu



Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,

Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...

Ahmad pun memulakan ceritanya...

Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku....

Sila Like+Tweet Dan Komen.




Read the rest of the entry →

[Cerita Menarik] Belajar 3 perkataan Inggeris




Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.


Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.


Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First


Sila like+tweet dan komen. TQ!



Read the rest of the entry →

[Fakta Menarik] Soalan Bodoh Yang Kerap Kali Kita Dengar



* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".


Sila like+retweet dan komen. TQ!




Read the rest of the entry →

[Promote] Like This Blog? Just click Like!



I like, then i click like.


Like! Like!! Like!!! And Like!!!! 

Promote 1 blog yang boleh tahan ceritanya.. agak love2 la.. tuuttt~ Jom terjah blog nie. Orangnya manis~


Jika anda seorang blogger, join group nieyh,


Kalau anda seorang yang comel, ala2 kawaii~~~ join,



Sila like+retweet dan komen. TQ!











Read the rest of the entry →

Wednesday, November 9, 2011

[Cerita Menarik] Salah anggap




Seorang gadis cantik menaiki bas yang penuh sesak.Seorang lelaki muda bangun tetapi belum sempat bercakap, gadis itu menolak lelaki itu ke tempat duduknya dengan lembut sambil berkata "Terima kasih, saya lebih suka berdiri".

Lelaki itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis itumenolaknya duduk semula dan menyatakan yang dia nak berdiri.Kali ketiga bangun, lelaki muda itu itu menjerit,"kak,saya nak turun.Saya dah terlepas perhentian saya.


Sila like+retweet dan komen. TQ!




Read the rest of the entry →

[Fakta Menarik] Membantu Orang Nak Bunuh Diri



Seorang bernama Chen Fuchao cuba membunuh diri dengan bertenggek di atas jambatan kerana kecewa memiliki hutang sebanyak 2 juta yuan. Hutang tersebut muncul akibat projeknya yang gagal.

Masalah timbul bukan kerana aksi bunuh diri ini tetapi kerana niatnya  ini dibantu oleh Lai dengan cara menolak Chen sehingga jatuh . Lai marah kerana aksi Chen tersebut membuat jalan sesak di sekitar jambatan sehingga 5 jam.Lai yang menolak Chen berkata "Aku marah kerana orang seperti Chen sangat ego. Tindakan dia banyak melanggar kepentingan awam".

Aksi kedua orang ini telah membuat mereka didakwa  oleh pengadilan setempat. Chen didakwa mengganggu kepentingan umum dan Lai untuk aksinya menolak Chen hingga jatuh.

Untungnya Chen selamat dalam insiden tersebut, namun kemungkinan lumpuh kerana patah tulang belakang.

Chen  mengatakan dia tidak akan menerima permintaan maaf Lai meskipun telah menyatakan penyesalan mengenai insiden itu. Lai mengatakan dia berfikir Chen adalah seorang pembuat masalah. Lai memutuskan untuk menolak Chen dari jembatan kerana dia melihat bantal udara. Pemadam kebakaran di tanah mengatakan mereka tidak punya waktu untuk memindahkan bantal itu ke posisi yang tepat.Chen jatuh di tepi bantal dan memantul ke tanah.

Lihat Aksi Bunuh Diri Ini










Sila like+retweet dan komen! Tabik spring!!!! TQ!




Read the rest of the entry →

[Fakta Menarik] Seorang Wanita Tidak Mempunyai Cap Jari






INILAH.COM, Jakarta – Ada penyakit langka yang penderitanya tidak punya cap jari. Penyebabnya?

Tahukah Anda, bahawa ternyata ada orang yang tidak memiliki sidik jari? Pada 2007, seorang perempuan Switzerland tidak boleh masuk ke Amerika Syarikat, kerana saat harus scan jari tangan, petugas bandara tidak boleh mendeteksi cap jarinya.

Dikutip dari Sciencemag,Eli Sprecher, ahli dermatologi di Sourasky Medical Center, Tel Aviv, Israel, mengatakan keadaan ini disebutadermatoglyphia. Penderita penyakit ini punya jemari mulus dan telapak tangannya jarang berkeringat jika dibandingkan dengan orang pada umumnya.

Setelah diteliti, ternyata sembilan orang di keluarga perempuan ini juga berkeadaan sama. Sprecher menduga hal ini adalah penyakit turunan. Jadi ia mengumpulkan DNA keluarga tersebut.

Ia pun menemukan bahawa ada kelainan genetik pada protein gen SMARCAD1. Gen ini diduga mengakibatkan terjadinya mutasi.

Hasil temuannya itu dilaporkan di The American Journal of Human Genetics. Namun saat ini Sprecher masih harus mencari tahu fungsi gen SMARCAD1,dan apa perannya terhadap pembentukan cap jari.


Sila like+retweet dan komen. TQ!


Read the rest of the entry →

[Fakta Menarik] LELAKI UCAP MAAF BOLEH MEMBUAT JANTUNG WANITA SIHAT






Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan dua kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi anda perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.
Jadi,sayangilah pasangan anda. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. :)

Sila like+retweet dan komen. TQ!


Read the rest of the entry →

[Tips Menarik] Pepatah Melayu Boleh Blah





1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...


Sila like+retweet dan komen. TQ!




Read the rest of the entry →

[Cerita Menarik] Beza doktor dengan mekanik



 

Fahmi adalah seorang pemilik sebuah bengkel kereta sedang sibuk memperbaiki sebuah kereta yang rosak... tiba2 didatangi oleh seorang doktor bedah terkenal yang juga ingin memperbaiki keretanya yang mengalami sekidit kerosakan..

"Assalamualaikum doktor..." tegur Fahmi... "Saya sangat mengenali doktor kerana wajah doktor sering keluar majalah, suratkhabar dan TV..

Setelah doktor menerangkan masalah keretanya... Fahmi cuba bertanya...

"Cuba Doktor lihat, pekerjaan kita hampir sama. Mengambil sesuatu yang rosak, menggantinya dengan yang baru dan "sembuhlah" ia." "Yang saya hairan, kenapa saya tidak boleh sekaya Doktor?" tanya Fahmi.

Doktor itu menatap wajah Fahmi dan bertanya balik.. "Pernahkan awak mengerjakannya dalam keadaan mesinnya masih hidup?"


Sila like+retweet dan komen. TQ!



Read the rest of the entry →

[Cerita Menarik] Ni bukan aku! Ini babi!




Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..

Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,

Babi : Eish, boring la plak kan kerbau..
Kerbau : A'Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..
Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao.
Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..

5 minit kemudian......

Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau..

Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
5 minit kemudian...

Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..
Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau???
Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)
Babi : Nie bukan muke aku... Nie muke BABI..


Sila like+retweet dan komen. TQ!



Read the rest of the entry →
Powered by Blogger