Tuesday, October 11, 2011

[Artikel] Bila Hari Kiamat menjelma...





Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Sila like dan komen. TQ.

Read the rest of the entry →

Monday, October 10, 2011

[Iklan] Jawatan Kosong!!





Pemohon dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di BERAS CORPORATION SDN BHD (BCSB) untuk jawatan berikut:

PEMBANTU TADBIR (KUCHING DAN BINTULU)


  • Lulus SPM dengan kredit BM dan lulus Metematik
  • Mahir dalam penggunaan komputer
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Sanggup bekerja lebih masa dan berpindah ke cawangan BCSB
  • Berpengalaman dalam bidang berkaitan adalah diutamakan
  • Berumur antara 20 hingga 30 tahun.

PEKERJA RENDAH AWAM (KUCHING, SIBU DAN BINTULU)


  • Lulus PMR atau kelayakan diiktiraf
  • Boleh membaca dan menulis dalam BM dengan baik
  • Berumur 18 hingga 25 tahun dan sihat tubuh badan
  • Sanggup bekerja lebih masa
Cara memohon:

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar surat permohonan yang lengkap, pengalaman kerja jika ada, salinan sijil-sijil akademik, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport yang tidak akan dikembalikan kepada:

PENGURUS SUMBER MANUSIA
BERAS CORPORATION SDN BHD
NO.96M LOT 2654-2656, BLOK 195 KNLD
GREEN ROAD, 93150 KUCING
SARAWAK.

TARIKH TUTUP: 17 OKTOBER 2011

*Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 2 bulan daripada tarikh iklan tutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Sila like dan komen. TQ.

Read the rest of the entry →

[Gambar Menarik] Mata boleh tersilap!



Assalamualaikum!!
Saya nak kongsikan beberapa gambar yang menarik yang boleh membuatkan mata korang tersilap..
Hehe.. Okay, jom tengok betul2...








Sila like dan komen. TQ!

Read the rest of the entry →

Thursday, October 6, 2011

[Movie] Bini-Biniku Gangster! Jom download free dan tonton!



Jom download citer nieyh~! Rugi x tengok!! Hahaa~

Link:part1- http://adf.ly/3410n
        part2- http://adf.ly/3411Y

Skip ads, Download link! Cantumkan file yang di downloadkan dengan HJSplit.. di sini..



Sila like dan komen. TQ!

Read the rest of the entry →

[Iklan] Jom Join SAYS.my! Get Rewarded for Sharing!



Assalamualaikum!
Diharap semua sihat-sihat sahaja hendaknya..Saya menjemput anda semua untuk memeriahkan lagi suasana kempen ini. Baru satu hari, dah dapat RM30. Macam main game je.. Sebab ada misi dye tersendiri.. Nak tau misi nya? Sertailah sendiri.. Dan alami bagaimana mendapatkan duit dengan mudah.

klik gambar ini untuk register.

Seterusnya, share lah segala iklan-iklan yang telah ditawarkan... sehingga tamat tempoh iklan.
Like this!
contoh aje..


Sila like dan komen. TQ!

Read the rest of the entry →

Wednesday, October 5, 2011

[Artikel] Manusia Zaman Sekarang





Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..


Sila like dan komen. TQ!



Read the rest of the entry →

[Artikel] Steve Jobs(CEO Apple Inc.) meninggal dunia!!



Steve Jobs 1955-2011
Pengasas Apple

Steven Paul Jobs, pengasas dan pengerusi Apple, meninggal dunia hari Rabu, 5 Oktober 2011 pada usia 56.

Dilahirkan di San Francisco pada tahun 1955, beliau membesar berdekatan di Cupertino, Calif. Selepas menghadiri Reed College di Portland untuk satu semester (dan kelas pengauditan secara percuma untuk beberapa lagi), Beliau mengambil pekerjaan di Atari, iaitu mereka bentuk papan litarPada tahun 1976Jobs mengasas Apple bersama Steve Wozniak.


Kedua-dua lelaki muda ini yang bermula dengan beberapa ribu dolar dalam memperoleh rezeki dan mempunyai wawasan untuk mengubah dunia. Sepanjang 35 tahun yang lalu, syarikat dan Jobs telah mengubah dunia, industri komputer peribadi, industri muzik dan filem dan industri mudah alih seperti yang kita tahu.

Apple mengeluarkan produk pasaran media massa yang pertama, Apple II pada tahun 1976. Apple II membantu menghidupkan apa yang akan menjadi dikenali sebagai "revolusi komputer peribadi" dan teras kekarismaan Jobs menjadi perhatian umum. IBM mengeluarkan PC pertamanya pada tahun 1981 dan Commodore mengeluarkan Commodore 64 pada tahun 1982, Apple telah pun terkenal di dalam sejarah komputer, Macintosh Apple.

Pada kematian Steven Jobs, banyak tanda tanya yang bermain-main difikiran. Adakah Apple akan terus maju di pasaran? Mungkinkah Apple akan berubah penampilan setelah CEOnya bertukar? 


Sila like dan komen. TQ!


Read the rest of the entry →

Link-Link Blogger




http://fpdetoxseringgit.blogspot.com
http://littlegreenfrogy.blogspot.com/
http://catchapunyacerita.blogspot.com
www.rilekz.com
http://ohdaus.blogspot.com/
http://waniemelodyy.blogspot.com
http://kwijomojo.blogspot.com/
xycrew.blogspot.com
tienajailani.blogspot.com
http://ainannarosmi.blogspot.com/
http://makaroni-bakar.blogspot.com/
http://jejakaterhangat.blogspot.com/
http://www.ragamdunia.com
http://norathirahismail.blogspot.com/
http://homefamilysite.com/blog/
http://marhaenkacak.blogspot.com
http://jawebaek.blogspot.com
http://www.gcores.com/
http://tahukeanda.blogspot.com
http://ainismaira87.blogspot.com
http://sheisdyanz.blogspot.com
http://fitrieyweinhofen.blogspot.com/

http://marfikaadnan.blogspot.com
http://syaiza189.blogspot.com
lily-closet.blogspot.com
http://kaprileader.blogspot.com/
http://pakd0.blogspot.com/
http://tepukdahi.blogspot.com
http://iman90-purplendryea.blogspot.com
putihmerahbiru.blogspot.com
iffahstory.blogspot.com
www.mrasfalt.co.cc
http://mohonsimpati.blogspot.com
http://blogbohong.blogspot.com/
http://delimasauna.blogspot.com
http://kumanx.blogspot.com
http://fizanwanpani.com/sew-addict/
http://mybestbuy-world.blogspot.com/
http://hatidipijakpijak.blogspot.com/
blognikadangkadangcelakajugak.blogspot.com
http://jemarisafra.blogspot.com/
http://nota-notausang.blogspot.com
http://fucziavanotfucziava.blogspot.com/
http://ademncats.blogspot.com
http://cintatigabelasogos.blogspot.com
http://kukucegon.blogspot.com
http://mahbna.blogspot.com/
http://airashiieyka.blogspot.com/
http://bulanpurnama89.blogspot.com/
www.maduzg.blogspot.com
http://bittersweetofherlife.blogspot.com
http://alienlifestory.blogspot.com/
http://only-ika-suhaimi.blogspot.com
jemari-ganti-mulut.blogspot.com
http://screenwritersreds.blogspot.com/
http://asleenda.blogspot.com

Senarai blogwalking... =,='
letih siot~Nak bw gak ke??

Sila like dan komen. TQ!



Read the rest of the entry →

Monday, October 3, 2011

[Gambar Menarik] Makan sambil berak



Assalamualaikum!! Tengok tajuk kat atas tu? Jijik je kan.. Tapi benar.. Selamat datang ke Modern Toilet Restaurant di Taiwan.


Mari kita tengok macam mana restaurant toilet ni.

Sekeluarga ni suka makan sambil berak. hahaha..

Ajak kawan-kawan makan sekali..


Makanan dalam mangkuk tandas. Nak ke?

Ni pulak, huuu.. xtau la nak cakap pe? Selera ke?


Ni macam real je warna dye... comel kan?




Sila like dan komen. TQ!

Read the rest of the entry →

Tuesday, September 27, 2011

[Video] Pertandingan 1Malaysia Talent Sibu Base Jump's Carnival



Siput ada masuk pertandingan dance seperti yang telah ditulis dalam blogsiput dalam artikel "Wei2!! Pertandingan Lagii!!". Sekarang Siput dah ada video kumpulan tarian Siput iaitu HyperActive. Jom tonton beramai-ramai.


Peringkat Saingan HD

Final Persembahan 1

Final Persembahan 2

Persembahan Penutupan

Sila like dan komen. TQ!







Read the rest of the entry →

[Artikel] Doa Untuk Orang yang Putus Cinta




Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan". ( Ar-Ra'ad 13:39 )
Doa ini adalah untuk mengatasi kekecewaan.

Sudah lumrah kita sebagai manusia dalam berpasangan sudah pasti ingin dikasihi dan disayangi.
Tetapi kekecewaan tetap tidak pernah gagal untuk hadir di kala perpisahan.

Berdoalah kepada-Nya semoga menemui ketenangan diri bagi yang berputus asa.


Aminn..




Sila like dan komen. TQ!


Read the rest of the entry →
Powered by Blogger