Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya untuk semua bloggers!




Assalamualaikum~
Pada pukul 12am, 30hb Ogos 2011, Siput menulis menaip sedikit kata-kata yang berkumandang didalam fikiran dan yang terpendam di dalam hati.
Puasa tahun ini, 2011, Siput berasa sangat gembira kerana telah berjaya berpuasa selama sebulan. Penuh, tanpa apa-apa halangan yang memudaratkan kesihatan. Alhamdulillah..
Sungguh terasa hebatnya Hari Raya Aidilfitri meraikan kejayaan berpuasa dan beramal ibadat selama sebulan. Dengan itu, Siput dapat menambahkan lagi iman dan yakin dengan kebesaran Allah s.w.t. Setiap apa yang diperintahkanNya, sungguh memberi makna yang besar kepada kita.
Alhamdulillah..


Kini, kita menyambut Syawal, bersederhanalah kita menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti mana kita bersederhana di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, Allah suka orang-orang yang bersederhana.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan terima kasih kepada semua blogger-blogger yang telah mengunjungi blog Siput. Disini, Siput memohon maaf sekiranya ada apa-apa kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja, Siput menyusun 10 jari, Maaf Zahir & Batin.

*alamak! meleleh air mate nieyh~









Sila like+tweet dan komen. TQ!

2 Comments
Comments

2 comments:

hira said...

selamat hari raya :D

Nan said...

Selamat hari raya jugak!

Post a Comment

Powered by Blogger