Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan
diisi di masa akan datang.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui surat lengkap ini..
3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an
untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan
kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya
yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi
seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta
besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan
puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah
kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya
akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku
Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu
saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan
bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk
, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk
melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian , Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon ,
Suami bin Lelaki
[daripada emel forward]
Sila like dan komen. TQ!