Wednesday, August 31, 2011

Kene Login kalau nak Duit Raya?? Hahahaha!!!



Assalamualaikum!!~ Salam sejahtera semua!~
Hari nie, raya ke-2. Jadi Siput baru je pergi jalan 2 buah rumah je hari nie.. hahaha~ Kalau hari raya ke-3, baru 3 buah rumah.. Ngee...

Semalam, mase anak2-anak sedare siput nieyh kuar jalan2 g rumah orang, dye tunjukkan sesuatu yanag sangat menarik!! Duit raya yang kne login dulu, baru boleh amik wet raya! Hahaha~ Sakit perut ketawa..

Jom, cube kte login nak amik wet raya!





Read the rest of the entry →

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya untuk semua bloggers!




Assalamualaikum~
Pada pukul 12am, 30hb Ogos 2011, Siput menulis menaip sedikit kata-kata yang berkumandang didalam fikiran dan yang terpendam di dalam hati.
Puasa tahun ini, 2011, Siput berasa sangat gembira kerana telah berjaya berpuasa selama sebulan. Penuh, tanpa apa-apa halangan yang memudaratkan kesihatan. Alhamdulillah..
Sungguh terasa hebatnya Hari Raya Aidilfitri meraikan kejayaan berpuasa dan beramal ibadat selama sebulan. Dengan itu, Siput dapat menambahkan lagi iman dan yakin dengan kebesaran Allah s.w.t. Setiap apa yang diperintahkanNya, sungguh memberi makna yang besar kepada kita.
Alhamdulillah..


Kini, kita menyambut Syawal, bersederhanalah kita menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti mana kita bersederhana di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, Allah suka orang-orang yang bersederhana.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan terima kasih kepada semua blogger-blogger yang telah mengunjungi blog Siput. Disini, Siput memohon maaf sekiranya ada apa-apa kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja, Siput menyusun 10 jari, Maaf Zahir & Batin.

*alamak! meleleh air mate nieyh~





Read the rest of the entry →

Saturday, August 27, 2011

Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011





Assalamualaikum!
Siput nak join kontest ni, sebab siput nak wet raye. Banyak wet tuu.,..RM1000.
Kalau nak join, klik ni, http://denaihati.com/duit-raya-rm1000-untuk-rakan-blogger.
Dalam tu ada cara2 untuk menyertai pertandingan ni...
Mari kita mulakan dan mencuba nasib.. Siput pilih entry...


10Malaysia Top Link dan Commentator Julai 2011



Denaihati Rewards Loyalty Program



Google Chrome Extensions



Siapa Blogger Trafik Hunter



Blogger Kena Saman



Sekuriti Blog Blogger Buat Apa



Hadiah Cabaran kemahiran berblog Isra Mikraj


Blogger Trafik Hunter


Cara nak popularkan blog di Google, Yahoo dan Bing


Insentif tunai untuk setiap trafik ke blog denaihati


Alamak!! Dah abis! :'( tak dapat wet raye la nampaknya... ishk... nyesal pilih 10Malaysia Top Link.. Kan dah 10 je dapat.. aiyaaaa...


Xpe la kalau dah nasib x menang.. Ape2 pown, jom follow Denaihati di  Twitter, Facebook, Aweber dan juga klik Google +1, like FB dan Retweet.


Read the rest of the entry →

Friday, August 26, 2011

Menangi HTC ChaCha Smartphone Facebook!!




Assalamualaikum semua blogger2 dan reader2... Card reader pun boleh~ haha.
Wei2.. Kat cnie ada pertandingan untuk dapatkan  HTC ChaCha Smartphone di Facebook!!
Kalau dapat menang, memang beruntung!! Rugi kalau x cuba!

Cara untuk menangi pertandingan ini "Be the most active Facebook user and WIN a HTC ChaCha!"
Senang kan?? Sape2 kaki on9 tu.. Haaa.. Ni la peluang baik untuk korang!!


Langkah untuk menyertai:
1. Like fanpage "Maxis Social Climbers" ni dan JOIN!
2. Klik "How Social Am I".
3. Seterusnya ikut ape yang dye mintak. Xpandai nak tulis panjang2 dah.. hehe..
Nak Hadiah ni, kne cepat!!! Dapat guna hari raya~ hehe..


Jangan klik!









Read the rest of the entry →

Mangkuk Tandas Pecah, Badan Binasa!



Kesan daripada bertinggung di atas mangkuk tandas yang tidak kukuh.
Jadi, kalau beli mangkuk tandas tu, pastikan ia kukuh dan selamat.


Wehheew~~ Koyak punggung tu..





Read the rest of the entry →

FanPage Sempena Merdeka & Raya!!





Assalamualaikum~
Siput hari ni nak share sesuatu sempena bulan merdeka. Huhu.. Tak lama lagi nak raya. Merdeka pun dah nak dekat. Jadi, kene sambut dua-dua perayaan ni kan. Jangan abaikan Hari Kemerdekaan yang sangat susah untuk negara lain kecapi seperti kita.


Siput mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.
Kalau korang rakyat Malaysia, sila "like" page bawah ni.


Read the rest of the entry →

Thursday, August 25, 2011

Dapat tengok x dalam gambar ni?



Assalamualaikum!!~
Hari ni, kawan siput ada menceritakan tentang zaman kecilnya kepada siput. Jadi, siput pun nak berkongsi beberapa perkara yang agak menarik.
Semasa kecil, kawan siput ni suka bermain dengan gambar ilusi. Sebab apa? Sebab ayahnya selalu membeli gambar-gambar ilusi yang agak sukar untuk orang biasa menekanya. Namun, dalam keluarga dia, hanya dia saja dapat meneka gambar yang dibeli oleh ayahnya.
Katanya lagi, gambar tersebut hendaklah diletak disebalik kaca. Baru gambar itu dapat terhasil. Setiap pagi, sebelum turun ke sekolah, dia akan melihat gambar tersebut. Setelah dapat melihat gambar ilusi muncul, baru dia pergi ke sekolah.

Wahh..Siput tak ada pulak pengalaman seperti ini. Macam seronok je. Masa kecik, siput main dengan tanah je.. pasir-pasir. Maklum la, dulu rumah setinggan. Kat hutan plak tu.

Okay, sekarang kita pulak cuba menyelesaikan gambar ilusi ni ea.
Tengok betul-betul sampai dapat tau apakah gambar itu.
Semoga berjaya!


Cari apa yang tersembunyi






Gambar  Ilusi














Read the rest of the entry →

Tuesday, August 23, 2011

Kantoi dalam ofis!!



Assalamualaikum!!


Haaa.. Siput ada cerita panas!! Panas giler2!!
Ada seorang budak lam ofis nie~ Suke wat keje giler!! Nak salah kan siput? Jangan la.. Sebab siput nak sangat2
sebarkan pasal nieyh!! Kalau korang tengok pun, mesti nak sebarkan jugak.. Telan air liur seyyhh!!
Terkantoi giler!!
Nak tau lebih lanjut?? Jom tengok nieyh. ---> [Budak kantoi]





Read the rest of the entry →

Monday, August 22, 2011

Tips! Melajukan Mozilla Firefox sepantas kilat!





Assalamualaikum semua pembaca sekalian.
Hari ini, siput nak kongsi sesuatu yang mungkin dapat membantu anda dalam melayari internet.
Tips ini adalah untuk pengguna-pengguna browser Mozilla Firefox.
Mungkin ada pengguna yang tidak puas hati dengan browser ni, jadi.. JANGAN BIMBANG!
SIPUT ADA JALAN PENYELESAIAN NYA!!!

Cara melajukan browser firefox anda.

1. Buka Mozilla Firefox anda. Itu semestinya~ :P
2.Taip about:config kat address bar dan klik enter. Anda akan melihat halaman "I’ll be careful, I promise!".
Jangan takut, dan klik je okeyh! :)
3.Pada Preference Name, right-click! kemudian pergi ke new seterusnya integer.
4.Pada kotak dialog New integer value, isi dengan nglayout.initialpaint.delay dan klik ok.
Isi nilai (value) dengan 0 (nol).
5.Pada Filter Bar (Filter:) Taipkan pipelining.
6.Double-click network.http.pipelining dan "setting"nya akan bertukar menjadi "true"
7.Double-click lagi pada network.http.pipelining.maxrequests.  Isi dengan nilai 30.

Restart mozilla anda dan lihat perubahannya :-)

Mesti 100km/j punye!! Hahaha!!

Sila "like" dan "share". Sebarkan kepada rakan2 anda ye!
Suka? Like fanpage Siput ye! www.facebook.com/bloggersiput





Read the rest of the entry →

Sunday, August 21, 2011

Facebook SEX????




Assalamualaikum!
Semoga semua sihat2 dan kuat ya!! Hari ini siput nak membongkar satu rahsia Facebook nieyh. Banyak lagi yang tak tau. Ada mesej tersembunyi di halaman pertama Facebook. Mesej itu terdapat pada gambar peta itu.

Tapi, Siput pun tak tau kebenaran mesej ini. Betul ke? Mari tengok betul2 gambar ni.

Wow~ betul la.. "sex". Kita masuk ke laman sosial yang membolehkan sex berleluasa. Opss!! Betul ke? Ini pendapat Siput je. Terpulang pada korang la nak percaya ke x.. Tapi, pengguna-pengguna Facebook banyak yang bertukar-tukar pasangan. Eh? betul ke? Tak tau la.. Korang je tau kan.. Hehehe..

Sekadar renungan dan hiburan kowt. Ape-ape pown, kalau suka entry nie, "like" yer.. Klik "send" kat atas tu untuk sebarkan dengan kawan2 melalui inbox. Button bawah 2 boleh pakai gak. Twitter..Blog..Facebook sex.. ops! Puase! Puase!

Jangan klik!



Read the rest of the entry →

Saturday, August 20, 2011

Blogger Rank #1



Assalamualaikum!
Siput terasa nak tengok blog mane yang dapat tangga teratas dalam dunia blogger nie.
Jadi, Siput pun guna la kaedah "Google search". Untuk mendapat maklumat, Siput terjumpa satu sesawang dimana
kita boleh mengetahui "rank" blog. Rasanya sumber nie boleh dipercayai.


Postsecret.com mendapat tangga teratas dalam Top 50. Bila Siput bukak blog ni, alamak.. Pelik semacam la blog ni. Tapi, bile tengok betul2, blog nie menggunakan gambar untuk artikel.
Banyak gambar-gambar menarik yang diconteng. Dia nie ada hobi menconteng gambar kowt. hehe..

Jom tengok "ranking" blogger lain! Klik [sini]

Sila "like" dan "send". Sebarkan kepada rakan-rakan anda.
Terima kasih!

Jangan klik!



Read the rest of the entry →

Beli MaxisHotTiket, dapat makan KFC!!!



Maxis Hotlink Promo!

Beli dua!
      •        RM15 RAMADAN HOT TIKET

    • 50 Minutes
    • 150 SMS
    • 7 days validity
    • All local networks, All day
Dapat ayam!!!


Nak tau lagi tawaran yang lebih hebat?










Read the rest of the entry →

Berpantun HAri Raya Di negeri-negeri Semenanjung!




Assalamualaikum! Apa khabar semua pembaca?? Harap semua sihat2 ye.. Raya dah dekat, bayar lah zakat. Adui, belum berpantun lagi la!! Mari kita baca pantun-pantun di setiap negeri ini.

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang 
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin

Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan  
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi

Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur      
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu

Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak     
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei


Kedah  
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang 











Petikan dari: http://www.yynr.org/v1/news+article.storyid+80.htm

Suka? Sila "like" dan "share".  [like]  [share]
Like juga fan page Siput di www.facebook.com/bloggersiput



Read the rest of the entry →

Friday, August 19, 2011

Fail! Surat rasmi dalam bahasa Inggeris??




Assalamualaikum! Apa khabar? Akibat Siput nieyh dah xde keje, jadi Siput nak buat keje gila sikit.Hehehe~
Saje je nak cari kesalahan orang kan.. Takkan lah orang berpangkat tinggi je nak cari kesalahan orang bawahan.
Sekarang, Orang bawahan pulak nak cari kesalahan.


Keje giler nieyh, kalau dia dapat tahu, nahas aku. Haha.. Takpe la, kita teruskan je. Orang yang tulis ni, rasanya fasih berbahasa Inggeris. Sebab apa? Sebab, semua orang yang berjumpa dengan dia, mesti "speaking" punya lah!
Kalau cakap bahasa dengan dia, kira "low class" kot. Jom tengok ramai2!


"Puasa Month" 

Saja nak cari kesalahan. Butir-butir penulis terpaksa dikaburkan supaya identiti penulis tidak diketahui orang ramai. *kowt nya la*.

Sila "like" post nieyh, dan "share" untuk berkongsi kepada rakan anda.
Jangan lupa untuk komen entry ni ye. Terima kasih!






Read the rest of the entry →

Korank nak rambut camner untuk hari Raya nanti???






Assalamualaikum!~ Hari ini, dah masuk hari yang ke 20 kita berpuasa. Siput sekarang nak ubah sikit cara penulisan kali ni. Mungkin macam sama, tapi mungkin ada sedikit perbezaan. Takkan nak tengok cara yang sama je kan?


Okay, ramai remaja sekarang, suka sesuatu yang baru. Lebih-lebih lagi bila nak menyambut Hari Raya Aidilfitri ni.
Antaranya, seluar style baru, baju style baru, kasut sytle baru.. Macam-macam lah.. Apa kata, Siput perkenalkan fesyen rambut baru untuk korang menyambut raya nanti. Hehehe..


Gaya rambut muka Obama.

Gaya rambut pemandangan.

Gaya rambut macam karpet rumah.

Kepada lelaki yang suka botak @ separuh botak, apa kata tiru gaya ini. Haha.. Mesti korang akan jadi perhatian sepanjang berhari raya. Cun kan? hahaha~ Kalau pergi masjid, memang geleng kepale la orang.


Bagi perempuan plak, err.. tak payah lah yer~ Kene pakai tudung raya nanti. hahahaha~ 

Sila like kat "bawah" tu.
"Share" entry ini kepada rakan2 yang lain ye..

Sila komen kalau anda pandai baca. :P [Komen]





Read the rest of the entry →

Korank nak nak x pakai ipad 2 nieyh?









iPad 2 Review - Hands On [HD] 17th of February 2011





Sila "like" dan "share".


Read the rest of the entry →

Awas! Wajah penyamun simbah asid










Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali wajah suspek simbah asid supaya tampil memberi maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops melalui 03-21159999
Sila klik like, send, share, +1 dan tweet postingan ini untuk rakan anda.

Petikan dari : http://aliffcullen.blogspot.com/2011/08/artikel-wajah-penyamun-simbah-asid.html
Read the rest of the entry →

Menggemparkan!! 2 tarikh raya berbeza di Malaysia tahun 2011










Falak mengeluarkan satu laporan di mana Malaysia pada tahun ini iaitu tahun 2011 bersamaan dengan 1432 akan ada 2 tarikh Hari Raya (Syawal) yang berbeza bagi Semenanjung dan jugak bagi Sabah/Sarawak. 

Sekiranya maklumat falak yg dinyatakan dalam lampiran ini benar, insyaallah pihak berwajib seperti Jakim dan penyimpan mohor raja-raja akan umumkan dua tarikh hari raya yg berbeza untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak tahun ini.

Dari segi hukum dengan mengambil kira satu contoh; misalnya katakan seluruh Malaysia pada suatu tahun yang lain telah diumumkan Hari Raya setelah bulan tidak kelihatan maka mereka mencukupkan menjadi 30 puasa.

Andai kata salah seorang telah melihat anak bulan (1 syawal) di Sabah maka wajib baginya untuk meninggalkan puasanya dan menyambut hari raya.

Ini adalah dari segi hukumnya. Hal ini boleh terjadi dalam masyarakat yang primitif/kuno yang perkembangan ilmu pengetahuannya sangat terbatas, tetapi dalam hal perkembangan ilmu falak dewasa kini sukar terjadi kerana pihak berwajib selalu mengambil kira kedua2 kaedah (melihat anak bulan dan perkiraan falak) untuk menentukan tarikh puasa dan hari raya.

Pada tahun ini bersamaan 1432H Allah SWT jadikan fenomena tersebut berlaku di Malaysia sendiri. Berdasarkan pada kiraan astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, Hari Raya di Semenanjung Malaysia adalah tidak sama dengan Sabah/Sarawak.

Berdasarkan perkiraan, Semenanjung Malaysia akan menyambut hari raya pada 30 Ogos 2011 ( Selasa )
Manakala di Brunei, Sabah dan Sarawak, Filipina dan Sulawesi akan beraya pada 31 Ogos 2011 (Rabu) TERMASUK Pulau Tioman.





  • Ijtimak Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada jam 11.04 Pagi pada 29 Ogos 2011.
  • Maghrib di Alor Setar pada hari itu adalah 7.27 Petang.
  • Dari jam 11.04 AM hingga 7.27 PM, Masa yang diambil adalah 8 Jam 23 Minit.
  • Oleh itu, anak Bulan WUJUD di ufuk barat ketika Matahari Jatuh, Maka keesokan harinya adalah 1 Syawal bersamaan Selasa 30 Ogos 2011.

  • Ijtimak Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada jam 11.04 Pagi pada 29 Ogos 2011.
  • Maghrib di Kota Kinabalu pada 6.23 Petang.
  • Dari jam 11.04 AM hingga 6.23 PM, Masa yang diambil adalah 7 Jam 21 Minit.
  • Oleh itu, anak Bulan BELUM WUJUD di ufuk barat ketika Matahari Jatuh, Maka keesokan harinya adalah 30 RAMADAN bersamaan Selasa 30 Ogos 2011.
  • Oleh itu, 1 SYAWAL jatuh pada hari rabu 31 Ogos 2011.

Sila klik like, send, share, +1 dan tweet postingan ini untuk rakan anda. 
Petikan dari :http://aliffcullen.blogspot.com/2011/08/artikel-gempar-2-tarikh-raya-berbeza-di.html





Read the rest of the entry →

Wednesday, August 17, 2011

AWAS!! Makanan Berunsurkan Babi!!!!! Jangan Makan!



'Golden Churn' butter TAK HALAL ada DNA Babi


Assalamualaikum!
Hari 2, Siput ada terdengar kisah nie kat radio. Jadi, hati ni
tergerak nak tulis tentang hal nieyh~
Hohoho~ Sape penah makan nie?? Mpuiihhh~ Ada babi siot!!

"JAKIM akhirnya mengistiharkan bahawa jenama butter Golden Churn tidak halal kerana mengandungi DNA babi. Syukur dapat juga kerajaan mencegah dari umat Islam memakan makanan dari hasil yang tidak baik."

Dengar di radio, Brunei belum lagi mengharamkan produk ini.
Korunk semua harus berwaspada dengan barangan yang anda semua beli.
Kalau ada rasa was2 dengan barangan 2, baik jangan beli yer.

Keratan Berita Harian





Read the rest of the entry →

Monday, August 15, 2011

Artis Jepun terkandas Di Jalan Raya



-Gambar Hiasan-


Weyhh!! Tolong aku weyh!! UFO aku terhempas nieyh!! Aku nak bertukar kamen rider...
Tapi jadi separuh alien plak!~ Wehh!! Amik aku!!!







Read the rest of the entry →

[Gambar Menarik] Duit RM6 Malaysia bakal dilancarkan 2012!



Ini contoh2 duit Malaysia.


Amik kau~ Rm6 Malaysia terbaru.


Duit Malaysia yang sangat2 kreatif dan terbaekk~


Sila like+tweet dan komen. TQ!


Read the rest of the entry →

Wei2!!! Pertandingan Lagi!!!!





Assalamualaikum!!! Yeahh!! X sia2 siput g klinik hari nieyh!
Nape g klinik?? Alahai, macam xtau la pulak. Mesti la sakit.. Xkan datang lepak kan?
Dah nak balik dari klinik tu, tetibe tengok risalah tentang pertandingan.
Salunya siput buang jer, tapi bile tengok betol2..
Fuh pertandingan!!! Bile tengok DANCE, alahai, girang nyer rasa hati!!
Yea!! Dapat beraksi lagi pas nieyh!!! Yahoo!!!

Okay, Siput nak sebarkan sesuatu,..
PERTANDINGAN BAKAL BERLANSUNG!!!!
Di SIBU yer~

Antara pertandingan di anjurkan ialah,

DANCE
SING
PLAY MUSICAL INSTRUMENT

Ini adalah pertandingan 1 Malaysia sempena 
Sibu Base Jump Carnival 2011.

Tarikh pertandingan: 15-22 September 2011
Hadiah yang ditawarkan
Ketegori 5-20 tahun: Juara Rm600 , 2nd Rm500, 3rd Rm400, 2x saguhati Rm200.

Ketegori 21 tahun keatas : Juara Rm800 , 2nd Rm700, 3rd Rm600, 2x saguhati Rm250.

Tarikh tutup penyertaan: 12 September 2011.

Sila dapatkan borang penyertaan di 
Cityvine(M).Sdn. Bhd
No.39-41 Ground Floor, Jalan Upper Lanang 12 A
(Cityvine Riverside)
084-212501






Read the rest of the entry →

Sunday, August 14, 2011

Jalan-jalan cari makan bersama Qi Razali!



Assalamualaikum..
Setelah lama siput xdapat on9 akibat dari masalah modem, 
sekarang baru dapat 0n9 dengan bantuan helpline TM dail 100.
Huh~ Bukan maen susah lar nak sambung tenet sendiri kat umah, nasib owg TM ajar 
camne nak sambungkan manual.

Okay. bebalik pada tajuk, Siput berjumpa Qi Razali!!!
Sedang wat Jalan-Jalan Cari Makan di Bazaar Ramadhan di Satok.
Wah, memule memang x tau pun dye wat kat sane. 
Niat xde pown nak g bazaar 2. 

Tapi, akibat mak ngn kakak dah beli barang punya banyak!~
Alahai, kne la pegi ctu tolong angkatkan.. Bile sampai je kat ctu,
mate trus zoom kat Qi Razali. Wow!!
Aku mimpi ke???? Aku kenal dye nie. Trus siput tegur dye.

Alamak... Bergambar ngan artis la.







Read the rest of the entry →
Powered by Blogger