Kain rentang tersebut tertulis ‘Homage to Aliaa El Mahdi. Sisters in Israel’ (Penghormatan kepada Aliaa El Mahdi. Saudari dari Israel) dan slogan ‘Love without Limits’ (Sayang tanpa Batasan), dalam bahasa Arab dan bahasa Ibrani.
Kumpulan berkenaan diketuai oleh Or Templar, 28, yang menubuhkan sebuah kumpulan di laman sesawang rangkaian sosial mengajak wanita menyertainya dengan menepikan perbezaan politik mereka untuk meluahkan sokongan.
Dalam Facebook, Templar menulis: “Mari kita beri dunia satu alasan baik untuk melihat kecantikan unik wanita Israel.
“Tanpa mengira sama ada mereka orang Yahudi, Arab atau lesbian – kerana di sini, mulai sekarang, ia tidak penting.
“Mari kita tunjukkan kepada orang yang ragu-ragu yang wacana antarabangsa kita tidak bergantung kepada kerajaan,” katanya.
Rancangan Templar adalah respon kepada Aliaa yang memuat naik gambar bogelnya dengan hanya memakai stoking dan kasut merah di blognya minggu lepas.
Mesir kini sedang bersiap sedia untuk pilihan raya berikutan pengusiran Presiden Hosni Mubarak.
Aliaa, yang mendakwa dirinya seorang ateis (tiada agama) baru-baru ini berhenti belajar di universiti dan berkeras bahawa dia akan terus berjuang untuk kebebasannya.
Dia memberitahu CNN: ‘Wanita Islam akan sentiasa menjadi objek untuk digunakan di rumah.
‘Seksisme menentang wanita di Mesir adalah penuh khayalan, tetapi saya tidak akan pergi ke mana-mana dan akan berperang sehingga penghujung.
‘Ramai wanita memakai tudung hanya untuk melepaskan diri daripada gangguan dan dapat berjalan-jalan di jalanan.
‘Saya seorang yang percaya kepada setiap perkataan yang saya tuturkan dan saya sanggup untuk hidup dalam bahaya dengan ancaman yang saya terima untuk mendapatkan kemerdekaan sebenar yang semua rakyat Mesir sedang berjuang untuk dan hampir mati untuknya setiap hari,” kata Aliaa mempertahankan tindakannya berbogel.
Sila like+tweet dan komen. TQ!
Sila like+tweet dan komen. TQ!