Selepas pengumuman perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani, ramai yang ternanti-nanti bilakah satu lagi pasangan merpati dua sejoli iaitu Scha dan Awal akan mengumumkan tarikh pernikahan mereka. Untuk makluman, awal tahun dahulu Scha pernah memberitahu yang mereka berdua akan bergelar suami isteri pada hujung tahun 2011. Nampaknya hajat tersebut tidak kesampaian.
Time frame yang kami berikan kepada PICC adalah sepanjang Mac hingga Jun depan.Justeru, saya tak berani mengesahkan tarikh sebenar bila kami nak kahwin, kena tunggu tarikh yang betul-betul sesuai, terutama musim cuti persekolahan atau cuti umum sepanjang Mac hingga Jun ini
Desas-desus yang mengatakan Astro akan mendapat hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami menjelang Februari depan, itu tidak benar.Mungkin akan ada pasangan artis lain yang berkahwin Februari depan dan Astro bakal menyiarkan majlis persandingan mereka, itu saya tidak tahu. Tapi saya dan Awal tak mungkin, PICC belum beri tarikh, katering tak ada lagi, kursus kahwin pun tak pergi dan baju kahwin pin tak tempah lagi. Kononnya ada sumber daripada pereka fesyen pakaian pengantin dah pecah lubang memaklumkan saya dan Awal memang bercadang memilih Februari untuk bernikah, tolonglah panggil pereka fesyen itu, siapa yang beritahu! Saya hanya akan buat baju sekiranya dah dapat tarikh yang sesuai dari PICC.
Sila like+tweet dan komen. TQ!