Wednesday, July 20, 2011

FBI tahan 16 penggodam 'Anonymous'





WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menahan 16 penjenayah siber termasuk 14 yang didapati melakukan penggodaman ke atas laman web PayPal yang dipercayai perbuatan kumpulan 'Anonymous'. 

Jabatan Keadilan Amerika berkata, 14 penggodam berkenaan didapati menyerang perkhidmatan (DDoS) internet ke atas PayPal apabila PayPal menutup akaun derma bagi WikiLeaks.
Suspek penggodam Paypal ditahan di beberapa tempat di Alabama, Arizona, California, Colorado, Washington DC, Florida, Massachusetts, Nevada, New Mexico dan Ohio, kata pegawai Amerika Syarikat dalam satu kenyataan hari ini.


Agen FBI dilaporkan mengadakan 35 serbuan di seluruh Amerika bagi mematahkan kegiatan serangan siber terancang membabitkan syarikat dan pertubuhan besar itu. 

Anonymous, satu kumpulan penggodam antarabangsa melancarkan beberapa siri serangan ke atas laman web yang berkaitan dengan pertubuhan gereja dikenali Church of Scientology. 

Bulan lalu, Anonymous mensabotaj laman web kerajaan Turki sebagai memprotes tindakan kerajaan negara itu menapis internet. - AFP 







Sila like+tweet dan komen. TQ!

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger